Tadika yang menitik beratkan aspek kehidupan kanak-kanak secara holistik. Bukan sahaja modul kami melahirkan kanak-kanak yang bijak dan petah bercakap, juga melahirkan kanak-kanak yang menghafal Al-Quran.
Misi kami adalah untuk melahirkan lebih ramai generasi Ulul Al-bab.
Kerjasama dengan Jabatan Kecemasan Hospital Permaisuri Bainun. Memberi demonstrasi bagaimana untuk berhadapan dengan kecemasan. Turut diberi taklimat bagaimana ingin memberikan pertolongan cemas.
Memberi pendedahan kepada anak-anak bagaimana tugas ahli bomba. Mengajar dan mendidik para pelajar untuk menghargai jasa petugas awam seperti ahli bomba.
Aktiviti riadah yang merapatkan ukhuwah antara guru-guru. Guru-guru kami sentiasa berada dalam keadaan yang bersedia untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik.
Sesi taklimat ibu bapa yang diadakan setiap tahun. Ibu bapa akan diberikan taklimat mengenai pencapaian pelajar secara teperinci
Melatih dan mengajar kanak-kanak berkenaan asas berenang. Berenang adalah kemahiran yang penting yang sangat berguna apabila berada di kawasan laut atau sungai
Bergendang adalah alternatif kepada alat muzik berunsurkan tali dan tiupan. Bergendang dibenarkan oleh syarak dengan tujuan berhibur yang sederhana
Sukan yang menjadi amalan sunnah. Memanah juga baik untuk otot tangan dan juga melatih deria penglihatan.
Agar generasi masa hadapan tidak ketinggalan, ilmu sains moden juga ditawarkan. Ini memastikan anak anda bukan sahaja mahir dalam ilmu agama, juga saintifik dan teknologi.
Ipoh, Perak
+6013 434 1591
http://tadikahuffazgenius.blogspot.my/